Wednesday, April 16, 2014

Mi rebus kg morten

Dah lama aku dgr psl mee rebus kg morten ni.
Tp tiap kali pegi mesti tutup.
Mana taknya aku pegi siang buta.
Kedai tu bukak malam. Apadaaa.

selasa lps melaka cuti.
Sempena pengisytiharan bandaraya bersejarah katenye

Pagi2 buta bangun siapkan kek order
Kata cutikan. Mana boleh mengangkang kat rumah je.
Maka marilah kita keluar ambik angin cuti.
Walaupunnnn hujung2 bulan ni.

Sekali pegi jusco ada plak sale.
Ya ampunnnn takkan nak tgk je kan. Tetiba tersopin la pulak. 
Mostly kedai2 dlm tu pun ada buat special sale. Mcm crocs ada la less 15%. 
Hari tu je. Tak tahu pun sbnrnya. 
Mmg plan nak belikan budak2 ni sandal. So berjaya jimat beberapa puluh hengget. 
Ciklel paling kesian. Dia baru je beli sandal last week. Full price.
Sekali minggu ni ada less la pulak. 15% bnyk okeh. Dlm 30hengget lebih beza. 
Hahahaa mari kita gelakkan dia.

Mlm tu berjaya dinner kat kg morten.
Nak gak rasa apa sgt specialnya



Roti bakar siam.
Stail cicah2. Kaya+santan 
Okla. bg aku biasa je.
Yg lain skit sbb cicah santan tu.


Roti bakar morten.
Tengah tu teloq halfcooked.
I is tak suka telo tak masak. Maka aku tak suka keseluruhan makanan ni.
Ciklel abiskan.




Mi rebus special ada ayam goreng.
Yg biasa xde ayam.
Harga ok la. 
ada ayam 6.50 kot. Takde ayam 4.00
Eh ye ke. Kalau tak silap aku la. tetiba lupa ingatan.
Rasa biasa je. Pedas. Tang mana specialnya aku tak nmpak.
Maybe kat ayam goreng tu kot.
Yg lain biasa2 je. Not bad org putih kata.


Ni kedai dia.
Seberang jalan tu sungai. Boleh nmpak river cruise. Nasib mlm. 
Kalau tak meroyan panglima kenit. Tak sng semorang nak makan.



Ni dh lps makan takpe. 
Tu pun xnak balik. Nk tunggu booottt...umar nak tgk booottttt. Kemain. Org panggil bot dia panggil but. Hahaha

Dh tu je nak cite.
Bai.



No comments: