Wednesday, April 18, 2012

Kek Lapis Cheese Persona Yang Sedap!

kek ni pada aku sangat senang pembuatannya.
simple tapi sedap.
namunnnnnn macam biasa anak2 aku mana nak makan sangat
mak dia lah yang asiknya syok seniri. T_T

ternampak kat dapur kaknor. resepi asal dari ryo. ada sikit perubahan yang kaknor dah buat. so aku ikut resepi olahan kaknor. alhamdulillah jadi. :)

aku copy terus dari dapur kaknor secubit garam. thanks kak. thanks juga tuan punya resepinya, ryoazhar.






KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2: (Saiz 9x9) 
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE, k.nor guna biskut marie perisa kopi jenama Ping Pong) - aku pakai LEE jugak
500 ml susu segar,dipanaskan ~ k.nor guna 300ml sahaja

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar ~ k.nor lebihkan 20ml
1/2 cawan gula halus
50gm butter ~ yg ni k.nor tambah








Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati (pukulkan sekali juga butter jika ikut cara k.nor tambah butter)
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.












~gamba yang kat atas tu, aku potong baru 3 jam masuk peti. tak sabar punya pasallah. apalagi. makanya, cheese blom betul2 keras. so, bila potong agak comot di situ.



pagi tadi sebelum pegi skolah, aku potong tgk elok lah kejadiannya. cuma lepas ni aku rasa nak guna biskut tiger coklat lak. sebabnya, bila guna square tin, lebih senang nak susun biskut yg square jugak.


~kalau xde tajuk LEE tu, boleh je ganti ngan biskut meri lain. tapi baca dr feedback org yg dah buat guna jenama lain (munchys), mcm ada lembik skit. ada yg pakai merie perisa kopi. oreo pun boleh. kiranya suka hatilah nak pakai biskut apa pun. yang penting tekak kita suka.


~ nak melapis tu kena ada teknik jugak. silap haribulan, masa nak ratakan cheese tu, biskut yg korang dah susun cecantik tu akan terikut sekali. maka, apa yg aku buat, celupkan sudu yg korang guna utk ratakan cheese tu dlm susu cair. bagi licin. so senang sikit nak ratakan cheese. jgn terlalu byk celup sampai berair lak adunan cheese tu nnti.






kalau nak rasa lebih teruja, blh tgk hasil kejadian kakita yang sangat ohsemm! memang tak dapat ditandingilah. katanya biskut dia tak cukup. tu yg dia susun jarak2. dan itu punnn sangat cantikkk ok!


http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/10/assalamualaikum-alhamdulillah-selesai.html




dahtujebai!
nite2


Sunday, April 15, 2012

Penyelesaian terbaik bayi selsema.

last week lps bebas dr penyakit tu (nasib 3 hari je)
umar kena selsema lak
aku syak sebab berendam lama kat morib kot

minum susu, tidur semua jadi tak keruan
blocked nose
bila semuanya tak menjadi
terus la mengamuk member
dengan aku2 skali tak dapat tidur.
pukul 12mlm still lagi dok berdondang sayang
lagi bijak tidokan jugak dia dlm aircond
memang cari pasal la kan

sudahnya malam tu aku ketiduran ayam je
turunkan dia ke bawah, tido dalam buai.
tu pun jap2 jaga
dan paginya aku pegi skolah ngan mata panda o.O

malam esoknya taknak cari pasal lagi
suh ciklel pegi farmasi carikan benda yang tampal kat idung tu.
sekali mana nak ada
utk 5y ke atas
baby kennot.
oh ya ka? mak tatau pun hehe

untuk baby katanya ada jenis spray je
so, ciklel beli jelah. 
balasah jelah apa pun asal malam ni boleh tido.

balik je, terus cari hidung umar
spray. kanan dan kiri.
sebelum tu bunyi memang kuat
hidung tersumbat kau
sian sangat

sekali 
eh magic. lepas spray tu bunyi makin ilang
last2 yilekk
wahhhh kagum!
maka malam tu mak tido dengan aman T_T

dua malam pakai benda alah tu, alhamdulillah ok. emir pakai pun ok.



maka, dengan ini, mak nak mensuggestkan pada sesapa yg punya baby hidung tersumbat, cubalah cari benda alah ni di farmasi berdekatan anda. 





pakai 2x sehari sahaja. untuk 7 hari sahaja. lebih takbley.





cubaan untuk turun


gigih


oyeahhh sukses!!



ini pencapaian minggu lepas. minggu ni dah pandai turun katil sendiri dan panjat 3 anak tangga. syabbasss...syabbass!!



ok, sekian sahaja perkongsian bijak.

bai.


Saturday, April 14, 2012

Cinta lama



dah lama jatuh hati
jatuh2 hati, tekel yg lain
jatuh2 hati, tertekel yg lain
hish
rasa mcm dah lama gile xde cinta baru.
dah cukup 6 bulan ke blom eh?
eh baru 4 bulan kot
kata ciklel hanya c&k sahaja lulus buat masa skg
lain2, sila bersabar
konon nak disiplinkan aku lettew
tapi yalah, aku agak patuh kali ini
mungkin sebab aku ada projek lain
projek yang membekukan pembaziran yang lain


takdelah mahal sgt pun
tak cecah seribu 
suki quote aku nam ratus lebih je
murahhhh tu
aku survey lain2 seribu lima puluh paling murah

tp sbb projek lain tu aku yg beria2
so kena tunjuk kt ciklel aku gigih menabung
walauuuuupunnnnn..............




eh, menariknya.


POPPY!












Lokasi : 4th floor, Ampang Puteri Hospital.

Poppy colour block dress ni sebenarnya long sleeve. sepatutnya boleh je pakai begitu saja.
tapi agak menyeksi. sbb atasnya plain. obviously akan menampakkan body shape ko. so oh kenot!

top juga dr poppy collection. luv luv luv!

Percutian Pendek : Gold Coast Morib

first time untuk umar. sangat gembira bayi ini.
masa kat melaka wonderland dulu, mampu tepuk2 air je. sekarang ni yeehaaa!!



tah kenapa susah benar cari swimsuit utk below 1y. esp boy. utk girl berlambak. sangat geram. 
yang adapun arena. seratus lebih. macam tak berbaloi lagi. kejap je karang dah tak muat.
kalau abang memang terlebih berbaloi. 3 tahun mmpu pakai baju yg sama. 
 online macam ada. tp kurang menepati.
maka umar belasah sajalah mana yang ada. romper paling ringan n nipis.



auwww pelampung fink gittew..
terlupa nak bawak yg ada lubang 2 tu. 
ciklel kekonon nak beli la kat shop dalam tu
skali tiga puluh lima hengget kauu
terus kensel
kat luar baru lima belas kot.





tempat adalah sangat best.
berganda menarik dari tiara pd
maybe sebab baru kot
tiara dah lama
facilities pun hampeh
yang ni superb. utk rate yg mampu la kan.



tapi wkend tu masyarakat adalah sangat ramai
kebetulan ada family day
kelab rekreasi dan sukan bank pembangunan
gile ramai peserta
nasib tempat besar
so takdelah crowded mana
ko port celah sana
aku port celah sini





dorang guna pool belah sana
macam2 games. meriah kemain



jangan pakai baju seluar putih dalam air boleh??
tak paham aku.





layankan anak dara yang nak naik tapi penakutnya amat.



ciput je pun yang ni. ha ha





ko tengok. ko tengok. orang sebelah rilek je ke depan. dia takmo. takutnya air ke muka. diva kemain.









slide yg pusing2 gelap tu pun mak naik uolss...
tapi mcm bodo je. tak licin sangat. ada part ko kena kesot2 seniri. dah la ada berat tambahan 18kg atas peha. memang takla aku nak ulang naik.
tapi emir ngan ciklel layan je. pelik aku.





malam keluar makan.
tanya org2 kat situ tempat yg best untuk seafood.
kanchong darat katanya. Juvita kot nama dia. tak ingat.
hurrmmm.....seafood takdelah sangat. 
yang menariknya aku nampak western dia. siap asap2 bagai bawak ke meja customer.
meriah!

malam balik makan, masuk je bilik dengar sangat bising.
rupanya org bank sedang dinner
dan suara mc seperti ku kenal.
dengan kepochinya aku keluar balcony
zoomkan teropong terus nampak mamat ni




zooooooommmm lagi

ya nabil.
ada angah raja lawak jugak
ada acong jugak.



kelassssss ko bank 
siap retis bagai.
haibat family day korang ek
hurmm...aku manalah biasa
tarap sekolah ko tahu jelah
dapat makan2 kat otel pun dah cukup bagus





bfast so-so je. tak banyak sangat choice.




merajuk.



lps bfast, mereka berendam lagi
aku turun kejap je sebab umar mengantuk



dah mengamuk2. 
naik atas dapat susu terus tido






bangun tido terus mak campak dalam jakuzi. kemain suka dia.





















lepas checkout, mari melawat kawasan. wallawehh, cantik gile tempat ni.




esp. gazebo ni. mak memang sokaaaa!








time air pasang lagiiiii cun nak!








pulang marilah pulang






sempat singgah pantai morib semata nak amik gamba kat sini. tapi ciklel xdapat shot yg menarik tensi mak. dah la susah payah ngan umar nak tido. gigih! kahkah




ok, room rate:

weekend : RM250/room. 2 bfast+ 2 complimentary free excess utk wpark. so kena tambah RM15 utk sorg anak. tag tu kena pakai sampai esok kalau nak masuk lagi. xleh bukak.

nak lebih murah, pegi weekdays.
nak lagiiiiiiii murah, sila book lebih awal. online booking. ada disc utk early birds. dalam RM120-160 gitteww.


tapi rate tu utk weekdays sahaja ya. so sila amik cuti jika ingin jimat.

kena pandai2 cari sampai jumpa page yg harga promo. sebab rate biasa RM400.

kisahnya aku kan book masa bulan 2 ritu. masa tu promo utk early birds bulan 3 harga RM160+, April onwards RM120+. harga weekdays.
tapi aku punya pandai klik sana klik sini, masukkan tarikh 30mac, tetiba dapat masuk yg harga RM120. eh biar betul?? dah la weekend, blom april plak tu. 

so utk konpem, aku call sendiri. bila tnya rate utk tarikh aku tu, kata dia mmg RM250. mmg takkan la nk dpt RM120 utk weekend dan mac. so ok. bai.

lantas, aku laju2 call ciklel blockkan tarikh tu dgn dia. terus proceed online payment.
haaaa kau! sapa kata takkan?? total dlm RM140 plus tax. kahkah bijak jugak aku ni. T_T

sampai masa, aku mintak ciklel call utk confirmkan bilik kitaorg. manalah tahu, ko bayar murah tetiba bilik ko kena kensel. hah mana nak tido??


lepas balik tu, kitaorang terus teruja nk bookkan utk family trip lak. gi reramai lg bes.
tp cubaan nk dpt rate murah gagal. chiss, sistem dia dh bijak kot. lagi bes, banyak tarikh dah penuh. tak silap aku semua wiken bulan 5-6 dah fully booked.

yg ada apartment 3 bilik RM550. tp sampai skg urusan booking tertangguh. biasalah, bila dah reramai lg susah nk dpt tarikh. kena tunggu sorang2 konpem. haihh. by the time sume org konpem, bilik pun yilekk!

lantas, pening lagi nak pikir tempat lain pada tarikh semua org free!