Wednesday, April 18, 2012

Kek Lapis Cheese Persona Yang Sedap!

kek ni pada aku sangat senang pembuatannya.
simple tapi sedap.
namunnnnnn macam biasa anak2 aku mana nak makan sangat
mak dia lah yang asiknya syok seniri. T_T

ternampak kat dapur kaknor. resepi asal dari ryo. ada sikit perubahan yang kaknor dah buat. so aku ikut resepi olahan kaknor. alhamdulillah jadi. :)

aku copy terus dari dapur kaknor secubit garam. thanks kak. thanks juga tuan punya resepinya, ryoazhar.






KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2: (Saiz 9x9) 
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE, k.nor guna biskut marie perisa kopi jenama Ping Pong) - aku pakai LEE jugak
500 ml susu segar,dipanaskan ~ k.nor guna 300ml sahaja

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar ~ k.nor lebihkan 20ml
1/2 cawan gula halus
50gm butter ~ yg ni k.nor tambah








Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati (pukulkan sekali juga butter jika ikut cara k.nor tambah butter)
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.












~gamba yang kat atas tu, aku potong baru 3 jam masuk peti. tak sabar punya pasallah. apalagi. makanya, cheese blom betul2 keras. so, bila potong agak comot di situ.



pagi tadi sebelum pegi skolah, aku potong tgk elok lah kejadiannya. cuma lepas ni aku rasa nak guna biskut tiger coklat lak. sebabnya, bila guna square tin, lebih senang nak susun biskut yg square jugak.


~kalau xde tajuk LEE tu, boleh je ganti ngan biskut meri lain. tapi baca dr feedback org yg dah buat guna jenama lain (munchys), mcm ada lembik skit. ada yg pakai merie perisa kopi. oreo pun boleh. kiranya suka hatilah nak pakai biskut apa pun. yang penting tekak kita suka.


~ nak melapis tu kena ada teknik jugak. silap haribulan, masa nak ratakan cheese tu, biskut yg korang dah susun cecantik tu akan terikut sekali. maka, apa yg aku buat, celupkan sudu yg korang guna utk ratakan cheese tu dlm susu cair. bagi licin. so senang sikit nak ratakan cheese. jgn terlalu byk celup sampai berair lak adunan cheese tu nnti.






kalau nak rasa lebih teruja, blh tgk hasil kejadian kakita yang sangat ohsemm! memang tak dapat ditandingilah. katanya biskut dia tak cukup. tu yg dia susun jarak2. dan itu punnn sangat cantikkk ok!


http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/10/assalamualaikum-alhamdulillah-selesai.html




dahtujebai!
nite2


3 comments:

OmbakBaik said...

terliur

Mamajenn said...

eh kenapa langkah bendul ni...akak x buat lg..dah print berjaman tp tgh cr semnagt nak buat je..waaaaaaaa pas semangat tu kat akak

NinaDiana said...

ila - tryla buat. senang je takyah bake. :)

mamajenn-fuhh fuhh fuhhh. sambut!!