Tuesday, February 22, 2011

Astro tolonglah!

hari ni budak2 peksa. aku masuk time dah nak abis masa.
masa dah time je, aku bg arahan (aku kan teacher, haruslah arahan dalam english! har har)

those who sit at the back pls stand up and collect your friends' paper
(std aa....bas cikgu mls nak bergerak)

no response

pupils who sit behind pls stand up
sengaja aku guna perkataan behind sbb dorang baru belajar preposition
ramai la plak yg bangun. cess..dpt tang 'stand up' jer.

haihh! apa akau nak cakap?

last person pls stand up
still confused.
pandang sana sini..

at last ada jugak yg paham, translatekan utk kawan2.
and baru aku proceed dengan arahan kutip kertas jawapan.

owhhh..betapa susahnya ko nak apply fully english dalam kelas. bukan tahun 1, tapi tahun 3-6 pun.
kalau hari tu tetiba terlebih dos, alamatnya ko akan bercakap ngan kerusi dan meja lah.
itu kelas pertengahan. blom citer kelas ujung2.

how are you today? today is Monday  :'(  owh bercucuran airmata ku ini...

even, copy in your exercise book. pun xde response. copy tu apa teacher?
kopi cap gantang sedap diminum di waktu petang!

teacher, may i go to water? (mintak ijin nak minum air)
hak alahhh...jenuh aku ajar. dari tahun 2, jumpa lagi tahun 3 sama jugak balik2 yg dia mintak nak pegi air. aduyaaaa...

dulu aku mcm ni ker? mungkin jugak kan...hehe

nak salahkan siapa?
makbapak? kakakabang? atuknenek? cikgu?

aku salahkan astro sbb semua katun dah dibahasa melayukan. ok, cintailah bahasa kebangsaan.
tapi kurang2 bagilah satu medium yg paling baik utk budak2 belajar english. kartunlah. paling berkesan.
ank buah aku, lambat bercakap. pandai bercakap umo 4 tahun, terus bahasa omputeh yang keluar.
sebabnya 24jam hadap katun.
tapi sekarang out! sbb mr bean, ben10, dora, pun dah jadi melayu. yang lain apatah lagi.

ok tak adil salah astro semata. mari salahkan semua pihak.

masa menuntut ilmu pendidikan dulu kala, ko kena ulang2 arahan yang sama patplohribu kali supaya diakhirnya murid2 paham. tak paham jugak, tunjukkan action. tp ko bayangkanlah, cikgu dalam kelas macam badut, mana nak action2 arahan, nak ajar isi (pun kena action), nak bg latihan, bincang, guide murid, semua tu nak kena bonus dengan lakonan. baru budak boleh paham. itu pun kalau nasib baik. abih ko rasa dalam masa 30/60 minit cukup ke??

adalah mejadi satu kesalahan di bawah akta ABC kalau guna bahasa melayu dalam kelas Bahasa Inggeris.
tapi ramai jer terpaksa guna atas sebab2 yg penggubal akta tak alami.

bagi aku tak logik okay. lagi2 sekolah budak kecik. ada yang baru first time dengar perkataan toilet. lidah masih keras nak sebut toi-let. selalunya akan jadi tu-wai-let. adalah kasihan!


english ni kan...

dah la selalunya kelas ujung2 ni dianugerah pada cikgu ujung2 sopan santun tak reti membantah. aku lah tu
dah la kelas ujung2 bagi pada cikgu yang bukan opsyen. aku la tu  
dah la kelas ujung2 bagi pada cikgu yang garang tapi murid tak takut. aku la tu!


cabaran memandaikan manusia adalah sangat hebat!

dah la. aku rasa kalau nak membebel banyak2 pasal kerjaya kecintaan aku ni tak abis. banyak dalam kepala otak tapi tak terkeluar. aku malas nk pikir susun2 ayat skema agar menjaga hati banyak pihak. kalau boleh aku keluarkan dalam bentuk formula takpe gak...

almaklumlah, aku kan orang matematik! hua haha haha...

2 comments:

jijah said...

Mencabar tapi seronok. Paling tak boleh tahan, part lakonan la.

EmirAlisa said...

tu yg kekadang terberlakon jadi singa, harimau segala tu...hahaha