Tuesday, February 15, 2011

Ikan kering sabah

kalau tuan pergi ke sabah
singgah sebentar di pekan sabah
eh eh mari kita pergi ke sabah
pegi beli ikan kering sabah!

hahha..memang fail lah kau!

dulu2 penah la jugak masuk pertandingan pantun,
memang mencabar okeh,
kita dah prepare pembayang duapuluhpa helai ketas pun, boleh tetiba blank pulak. coiii!!

ok, abaikan pantun orang tak skolah tu. jom citer pasal barang baeekk punya.

korang kalau pegi sabah, tak beli binatang alah ni memang la rugi. sedapppp okay! rasa dia tak masin lagi bonus krak kruk krak kruk. itupun kalau ko pandai goreng la. kalau idak, liatnya rasa cam nak sepak sapa yang promot tu. hahah!

idaklah aku tahu nama komersel dia, tp yg paling glamer dikalangan org2 semenanjung, spesis ni lah (kot!).
dulu time aku pegi sana, rega dia takdelah mcm sekarang. sepeket tak sampai 10hinggit pun kalau tak salah aku. hari tu mak mertua aku pegi, sepeket dah jadik duaplohlebih..umaikk aihh...kata abang aku, dulu tak glamer, skg asal org semenanjung pegi sabah je, mesti cari ikan kering ni. tu sebab dah mahal.

tapi kalo ko pandai tawar, dapatlah kot rega belas2...

ni rupa sebelum dicampak dalam minyak panas...mak mertua terkasih aku bagi nih.






dan bila dah digoreng ciklel terchenta aku tuh, jadilah rupanya sebegini...




ermm...mcm ada sikit terlebih itam. aku dah cakap..
*macam besar je api kamu tu..
tapi dia buat tak tahu jer.
mesti dalam hati,
*banyak cakap lah kamu! mari goreng sendiri!

-->dalam hati jer kot sbb aku tak dengar apa2 keluar dr mulut dia pun tadi.... ^_^

ah, aku ok jer. rasa la terlebih garing tp sedappp jugak!

emir adalah sangat suka. sebab dia memang peminat benda2 krak kruk krak kruk.

tadi lunch kami ayam masak serai dan ikan kering sabah sedap. air tangan ciklel...alhamdulillah!
sorga!


**dah lama tak pegi sabah. bulan 3 ni ayahbonda aku lak nak pegi sana. nak ikutttt!! rega tiket firefly lps cuti skolah RM16 jer pegi balik. cesss!!!!!!!



1 comment:

Unknown said...

hi .. apa tu ikan kimik ... ada gambar tak ?