Thursday, August 25, 2011

Almond London yang kena dengan tekak kakbedah. Cubalah!


Biskut yang konpem ada tiap2 tahun. sebelum ni bila order, paling banyak pun mampu sebalang dua jer. kena la simpan port baekk punya supaya diri sendiri tak membaham sebelum masanya.




start tahun lepas dah buat sendiri. alhamdulillah jadik jer. guna resepi dari dapur CMG. katanya resepi asal chef wan. dan rasa dia okay. sedap. rangup dan manisnya elok2.





almond nib yg terlebih kaler gara2 tenaga import separuh mahir.



resepi kopipes dari dapur Tiffin Biru. tq CMG!


Bahan Utama:-
125 g mentega
75 g gula aising
1 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
225 g tepung gandum*
1 camca teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335 g badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan Lain:-
300 g coklat masakkan (mat guna coklat masakan jenama "tulip") - saya guna kc candy
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, terus memukul hingga berkrim.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, kurang lebih 3/4 camca teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan. Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
  4. Ambil sebiji biskut yang "botak" tadi, masukkan dalam peper cup dan sudukan coklat masakkan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susuh rapat2 anrata satu sama lain, tujuan untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul2 beku, baru simpan dalam bekas kedap udara....selamat mencuba!!!!



dah namanya biskut kecintaan sepanjang zaman, tetiba sebalang dah lesap sebelum hari kejadian. hikhik
so kenalah top up semula.

2nd time buat tetiba gedik nak try resepi lain lak. gugel2, terjumpa resepi maklang kerteh dari alkiram.net. resepi ni guna tepung beras. tgk pada feedback orang ramai, macam menarik dan harus dicuba.




resepi maklang ni boleh dpt lagi banyak dari adunan CMG tu. lebih kurang 200 biji la jugak. maka jenuhlah kakbedah dok menggentel adoi doi doi....

kalau nak compare dedua resepi ni, rasanya kakbedah lebih suka resepi CMG dari chef wan tu. sebabnya akak tak berapa gemor rasa tepung beras tu walaupun rangupnya kruk krap..ermm...lain org lain tekaknya dak? 

sapa2 nak try resepi maklang kerteh tu, juga nak dapatkan macam2 tips pasal kuih ni, bolehlah jenguk2 sini..banyak jugak ilmu yang dia kongsikan..

tata. selamat berLONDON!


2 comments:

cik ecah said...

kelas mekkk..kueh raya mek taun ni sume kuih nama obesi..tggu kuih raya ghana mek plak.. hahaha

MakcikAnak3 said...

hahha..tula pasal. omputeh gitu. err...teringin gak nak try almond ghana. :D