Tuesday, August 16, 2011

kisah 16 Ramadhan

sejak2 dah start mengukis ni, cerita takde lain..

senarai yang dah jalan.
1. Honey Stars Cookies
2. Oreo Black Beauty
3. Chocolate Chunk
4. Almond London
5. Melt-in-Mouth German Cookies

perghh..nama tak hingat. omputeh saja..

dan yang masih menunggu giliran
1. Koko Krunch Cookies
2. Snow Almond

dan biskut permintaan bonda
3. Biskut gajus rangup (baguss..melayu namanya)

eh kalau rajin
4. Crystal Ball cookies


dah dekat2 raya karang ingat nak buat kek seketul dua. tahun ni turn Melaka, ingat nak buat kek simple2 tak muak yang tahan lama skit. kukus la kot. ermm...tgklah camana nnti. harap2 terdaya la nak catch up segala.

baju raya kakak dah siap. cuma projek nak bling2 tah bila boleh mula. nak jaitkan butir2 pearl tu je pun. sama ngan mmy. wpun kaler tak sekufu, at least bling2 sama jadilah kan.

tahun ni mmg konpem takde kaler tema. kalerpul kekdahnya. bes jugak sebenarnya. nntilah kita tgk rupa dalam gambar nnti. kalau nmpk lg meriah, tahun2 kedepan pun bolehlah kita kekalkan konsep yg sama..hikhik

aku pun sebenarnya memang tak mengamalkan kain sekayu dengan anak2..sedondon tak bermakna serupa sebijik ya adik2. sedondon sebenarnya memakai baju dr warna2 dlm keluarga yang sama. sekarang ni ramai benar yg tersilap paham, sedondon adalah sama sebijik, dari mak, bapak, anak2 semuanya dari kain yang sama..haihh, toksahlah begitu yer.



nasib baik ada anak dara ni sorang. dpt mmy lepas geram jugak sikit2.
baju gegirl tak tahan kan!

4 comments:

Mama Ardini said...

eh saya tahun ni sekayu. sekali potong. haha. sebenornye malas nak pikir. janji cun udah ler. hikhik. tapi ayah saya mmg suke beli sekayu la. tradisi katanye. bila da kawen baru la boleh beli kayuan yg lain. :)

MakcikAnak3 said...

eh takpe..pilihan memasing. xdak hal punya. janji makanak sama2 cun! hahah

betul2, kalo dh tradisi apa nak buat dak? anak2 kena dgr kata makbapak :)

plain kalu ok lagi, jgn kain bunga2 mak sama ngan baju melayu bapak. lucu jugak jika melihatnya :)

jellynajal said...

baju raya kain sekayu dah pernah merasa (tapi kain plain, baju lace la yek, bukan kain munge2), tak sekayu pon dah pernah, yang penting sedondon tapi setuju konsep sedondon yang tak semestinya sekayu, theme jer sama tapi tone warna lelain baru cantik amik gambar.. tapi kalerpul adalah menariks juga, cos skang ni mcm dah trend jer theme theme ni, dulu masa aku kecik, belasah jer kalerpul sekuarga adik beradik. this year kitaorang satu theme warna tapi sume lain2 design, aku tak minat sama design dengan anak2 aku, boria sangat kekdahnye. segan makcik nak berjalan raya. muehehe.

Chikteh said...

ala..lepas geram byk2 kt dahlia pn boleyyyyy...