Wednesday, August 10, 2011

Petua Mudah Bersalin

hamboih, itu dia. kak bedah kembali lagi dengan petuanya....

hahah..petua la sangat!
akak ni bukannya apa dik, kot2 nanti dah basi, terlupa lak karang. pa salahnya kan..boleh kongsi2 ngan kengkawan jugak..

dah lama janji nk tulis pasal petua mudahkan bersalin. ni ada masa sikit, meh lah dengar akak merepek.

pernah dengar SALINDAH? yaa...ramai yg tahu pasal produk ni. tapi ramai gak yg tak berapa nak familiar sbb tak penah cuba kan. hah ni akak nak cite..meh dok dekat2 meh. rapat lagi..rapatt lagii...

akak kenal salindah sejak pregnantkan emir. alhamdulillah setakat ni serasi sangat.
akak tak pernah makan ubat yg doc bagi. telan salindah jer alat2. baik time preggy, pun time confinement.

ubat ni cara makan nak kena betul. tak boleh pegang dengan tangan. tuang dalam dia nya penutup, pastu terus masuk mulut. kemam, jangan terus telan. tak tahu la apa rahsianya tapi itulah yang dipesan masa mula2 terjebak dulu. sekarang ni kalau beli kat kedai2, rasanya tak dibgtau kot.

ok, salindah ni kebaikan dia macam2. kalau nak tahu lebih, boleh pi cari sendiri. oklah..oklah..nah akak tepek link, baca sendiri naa...



bagi akak, alhamdulillah 3x mengandung, 3 kali bersalin, salindah banyak bantu. ni bukan n3 iklan ke hapa yer. hanyalah perkongsian bijak..untuk panduan adik2 yg baru nak berjinak2 dlm alam kehamilan..huehuehue

salindah ni sebenarnya BERSALIN MUDAH. alhamdulillah, itu yang akak alami. syukur.

amalkan makan salindah, insyaAllah adik2 tak rasa sakit yang lama. (wah dah macam promoter dah kakbedah). dan akak jugak tak penah minum air2 selusuh ke akar siti patimah ke, selain salindah yang di bawa masuk ke dlm LR. yang latest ni tak sempat nak makan pun remidial utk dimakan masa sakit contraction. memang kejap sangat sakitnya.

kata org biasanya anak 1st memang lama menahan. pengalaman akak, mcm yg penah akak citer dulu, pegi sepital sebab ada tanda darah cair keluar. tapi tak sakit. terus masuk LR sbb dah ada bukaan 4cm. lebih kurang 5 jam lps tu, baby keluar..

tapi yalah, kata orang sakit bersalin ni bagian masing2. akak dah jenuh menahan sakit urat sarap time preggy, alhamdulillah Allah senangkan masa bersalin. tapi ikhtiar lah. insyaAllah.

untuk baby plak, memang akak akui kesannya amat baik. baby tak lembik. badan pejal, tulang keras, kepala tegap je. umur seminggu dah boleh angkat kepala. siap berdiri lagi dalam tab mandi..heheh.
bila baby keras ni senang sikit nak handle.



baby salindah jugak jarang2 demam. alhamdulillah. kalau demam pun sehari dah ok. setakat ni itulah kesannya pada abang dan kakak. itu yg akak nmpklah. even time dok uk dulu pun sekali dua je demam. antibodi dorang agak kuat. insyaAllah..
tapii....awass!! mereka sangat aktif. kuat dan bertenaga.

apa yang akak citer ni bukanlah niat nak takburiak ke apa. cuma nak berkongsi apa yang akak dah alami. mana tahu boleh bantu korang2 yang tengah cari info pasal salindah kan..

akak selalu promot salindah ni pada kengkawan. agak2 tahu dorg pregnant, laju2 akak suh dorang cari salindah...heheh macamkan aku ni ada share. takde apa yg akak dapat, cuma rasa gembira dan bahagia dapat share something yg bes...ewahh!

kalau korang nak beli salindah ni, jangan contact akak. akak takde sapa2 ngan salindah ni. tokey pun bukan, ahli pun bukan.

cuma kalau beli kat kedai2 biasa tu, harga terteralah korang kena bayar RM370 satu set. kalau masuk ahli, beli ngan agent atau online rasanya harga ahli dapatlah RM300 kot.

apa yang akak buat, akak cari agent yg boleh bagi harga ahli walaupun akak bukan ahli. hahh dapat! heheh...kenalah bijak. yang penting survey dan tanya.


ok semua, selamat mencuba...


*petua apa lagi ek? owhh...cara cepat hilangkan rashes baby. next time yea.


No comments: