Saturday, August 13, 2011

Chocolate Chunk Cookies


Projek semalam...




copy resepi dari dapur kak ita lagi. 
original dari dapur rima, singapore.

250 gm butter
200 gm gula perang
1/2 sudu kecil coffee paste
1 biji telur
1 sudu kecel esen vanila
1/4 cawan oat (saya guna oat segera 1 paket)
1/4 cawan almond - kisar (saya pakai serbuk almond)
1/2 cawan kekacang dibakar - ita letak almond (saya letak almond cincang)
1 peket choc chip 
300 gm self- raising flour atau tepung naik sendiri (saya guna tepung biasa+1/2 sk baking powder)

Sebelum kita nak buat cookies ni sebaik2nyer atau seelok2 nyer kita sediakan bahan ini terlebih dahulu. Iaitu pukul telur , vanila dan coffee oil atau coffee paste. Penyediaan bahan ni hendaklah dibuat sekurang2nyer 2 jam sebelum kita membuat cookies ni atau cara yg terbaik kita buat dahulu dan simpan semalaman dalam peti ais. 

Panaskan oven 160C

Campurkan butter yg telah lembut dgn gula lalu dipukul hingga lembut.
Campurkan campuran telur dan coffee tadi bersama oat yg dikisar berserta serbuk badam, kekacang dan choc chip. Ayak tepung ke dlm adunan dan gaul rata. Adunan akan menjadi tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kental.

Untuk cookies yg kecil letakkan 1/2 sudu kecil ke atas loyang dan bakar selama 9 - 10 minit

Untuk cookies yg lebih besar letakkan 1 sudu dan bakar selama 20 - 25 minit.








 Rima  said:
OMG!! Perfect perfect chocolate chip cookies recipe so far!! we are so so in love with the taste, texture, sweetness of these cookies.. bake it longer if u wanna crispy type.. bake it for 10mins if u prefer a little chewy type.. either one.. this recipe is definately a keeper..



and

mine....

the chewy one.. :))





tq both of you!! 

2 comments:

cik ecah said...

eh eh..apa la salah.. hantar sekeping ke ghana ni.. hahahaha

MakcikAnak3 said...

hantar sekeping sampai nnti jadi berkeping2 tak? hahhaha