Tuesday, March 1, 2011

Bersalin - Kerajaan atau swasta?

ok, ni n3 emak2 lagi...dah tu apa lagi? nak citer psl makan2 kt fullhouse? blom lagi....
eh, mcm teringin sangat. bawalah daku ke sana....

nak citer aku beli handbag baru? pun xde nyer.. err...skg ni aku mcm meng-idamkan-sgt-wrislet. nak yg best, cepat dan murah. mana nak dapat?

ok, patah balik pada jalan yang lurus..

tanyalah sesiapa pun yg pernah ada pengalaman di hospital kerajaan, pasti banyak yg buruk daripada yang manis.

macam aku sendiri. dua2 aku pernah rasa.

first baby aku pilih bersalin kat hospital kerajaan. sebenarnya sharil bagi kebebasan sepenuhnya untuk aku pilih. nak kerajaan boleh, nak swasta pun boleh. masa tu aku fikir, sakit bersalin sama jer, mana2 pun sama. so adalh lebih menjimatkan sakit di hopital percuma daripada sakit di hospital berbayar. eh tp bukan HKL yer. dengar HKL pun dah buat aku ngeri. walaupun layak utk berbilik tp peluang amatlah tipis. nasib tidak baik, duduk lah kamu bergelumang disitu bersama dgn ibuk2 sekalian. 

so aku pilih hosp selayang yg baru je bukak time tu. br dalam 2 tahun kot. semuanya masih baru dan selesa.
memang ok. sistem yang baik, labour room yang selesa, suasana ok, doctor, nurse pun ok.

pengalaman ngeri aku bermula lepas dah settle kat labour room, pindah masuk dalam ward.

ok, aku normal. tapi normal aku normal yang tak normal. 

aku tak boleh nak gerakkan kaki even satu jari pun. sakitnya di bahagian bawah perut adalah yg teramat. 
ceritanya, lepas 2-3 jam bersalin kan kita akan rasa nak terkencing. nak turun dari katil adalah satu azab bagi aku. time tu plak sharil dan bonda aku takde. dorang pegi mana tah aku tak ingat.

bila jari kaki pun tak boleh gerak, nak turunkan kaki dr katil apatah lagi. 
aku tak boleh tahan dah. nak terkucil sesangat. aku tekan buzzle, panggil nurse. mintak tolong tarikkan kaki aku turun.
tekan sekali, tunggu. takde
tekan dua kali. tunggu lama giler.

last2 melintas depan bilik aku, student nurse.
aku bagitau nak pg toilet. 
dia jawab turunlah!

aku cakap, aku tak boleh gerak kaki. camana nak turun.

dia jawab dari depan pintu, tak masuk dalam langsung.
turun sendiri yer. kita tak tolong orang bersalin normal. 

watderrrrr?????

last2 aku tarik sendiri kaki aku turun dari katil dengan pilunya.
dah berjaya turun (sakitnya tak payah cerita), sempat seret kaki sebelah (seret maksudnya aku berjalan ke belakang, mengundur)
langkahnya jauh lagi dengan toilet, tak boleh tahan lagi. last2 aku terkucil kat situ. tepi katil aku. banyaknya umakaiihhh....almaklumlah, baru jer td baby keluar kan. eh ade kaitan ker?

nasib baik sempat turun dari katil. kalau tak, aku paksa budak tadi basuhkan tilam aku! coiii!!

menangis aku tgk air tu meleleh ke sebelah katil org lain. 

masa tu jugak, masuk staffnurse yg dah nak pencen aku agak. makcik2 la. 
aku terus angkat tangan mengaku yg aku dah tumpahkan air...hehhe...
bersedia untuk dimarahi dan menangis!

aku bgtahu yg aku terkencing tak sempat sampai toilet. bla bla bla aku cerita pasal sakit sini sini.
dan dengan lembut dan menenangkan, takpe..takpe...kita paham. takpe, nnti saya panggil cleaner bersihkan. dan dia papah aku terus masuk toilet, ambikkan baju untuk aku salin, tunggu dan papah aku semula ke katil.

disebabkan makcik tu terlalu baik, aku tak jadi nak mengadu pasal budak baru blaja nak jadi nurse tadi..
takpelah, esok2 kau rasalah apa yg aku rasa. - eceh hukum karma la plak!

tu blom lg citer camana dorg layan orang lain depan mata aku..gile sadis okeh!

begitulah. baik dan buruknya hospital kerajaan. aku taknak cakap gomen hosp. ni semuanya tak baik. korang pun boleh nilai sendiri. cuma aku nak bgtahu, hosp gomen terlalu ramai budak2 yg baru belajar nak jadi misi, nak jadi doktor, maka nasib ko lah. kalau time ko nak beranak tu, ada doktor saya budak baru belajar, harus selang 2 minit sorang2 akan datang bahankan ko. ngeri okeh! seb baik time aku tidak begitu kejadiannya...sujud syukur!


cerita tak boleh angkat kaki berlangsung selama 2 minggu. dalam masa tu jugak aku berjalan mengundur. gostan kata org kg aku. sbbnya kalau kedepan tentu2 aku kena angkat kaki. dah tak boleh, maknanya seret ke belakang dgn kaedah gostan la tekniknya...nak turun naik katil, hazabnya tuhan saja yg tahu. terpaksa panggil makbapaksuamiadikberadik tolong naik/turunkan kaki aku dari katil. sedih...

tapi aku redha. itulah bagian aku. sepanjang mengandung aku baik2 aja. takde morning sickness ke apa, makan lajuuu jer...time nak bersalin pun, alhamdulillah senang dan cepat wpun sulung..maka, apalah sangat 2 minggu yg aku tak boleh nak angkat kaki kan...syukur..

time alisa aku dah serik. sharil pun tak bagi pilihan lagi. muktamad! no more gomen hospital.
makanya alhamdulilllah proses bersalinkan alisa pun cukup mudah, hati senang dan gembira..aku bersalin kat Pantai Ayer Keroh. 

so kat sini aku nak bg beberapa tips kalau nak bersalin kat sepital swasta.

1. survey hosp. yg paling dekat dan senang laki ko nak ulang alik.
2. cari doktor yg paling bes based on experience kawan2. kena rajin bertanya la.
3. survey caj yg doktor tu biasa kenakan. jangan malu tanya. ko boleh mintak kerani doktor tu bagi range based on rekod lepas2. normal/caesarean (c-section)  berapa lebih kurang.
(caj procedure berbeza2 ikut doktor, caj hosp adalah std)
4. sediakan budget utk c-sec terus. sbb mana tahu tiba2 ko tak boleh normal kan.

macam aku, memula mintak nak caesarean sbb dah serik dgn insiden tak boleh angkat kaki dulu tu (sebenarnya kes tu berpunca dr keoveran tulang pelvis aku mengembang sbb nak bg laluan pd kepala baby yg agak besar keluar. so bila dia menutup kembali, ada urat yg tersepit sama. tu yg sakit terasa sampai mengandungkan alisa)

tapi doktor tu nasihatkan aku try normal. kata dia tulang pelvis akan terbukak dan lepaskan semula urat yg tersepit tu.
dan alhamdulillah. betul kata dia. lepas bersalinkan alisa, sakit tu hilang...

dan caj dia gak tak mahal. lebih kurang RM1600 jer. alhamdulillah..
tapi kalau korang ada ambik epi ke, segala maknenek ubat tahan sakit, kenalah extra charge. aku ritu, takde ambik apa2..
kalau c-sec tak silap aku lebih kurang dalam 5-6k.

kali ni pun aku ingat nk pegi doktor yg sama. mintak2 dia blom pencen lagi...

insyaAllah kalau rajin lepas ni aku share benda2 lain pasal pregnancy. supplement, doa2, amalan2. mana yg aku tahu dan amalkan, insyaAllah sama2 kita kongsi2 okay!

tata!


*kenapa  bila nak dapat adik ni budak2 suka buat pe'el? hishh..icha ni makin menjadi2 skg ni..gerammm jer...sabar..sabar....


6 comments:

sitinorafizah said...

Woah...lama nyer ko suffer pasal urat tersepit tu, agaknyer, kalu ko tak bersalinkan icha, mcm mana nak releasekan urat tu?

Unknown said...

ila dulu bersalin kat hospital sungai buluh...alhamdulilah takdelah masalah pun cuma kena marah dgn sorang nurse sbb menjerit tak tahan sakit masa kontraksi...huhhuhu..dah sakit kan...

Norain Nizar said...

1600? eh murah tu..doc ape eh? (mcm la nk bersalin kat melaka). masa bersalin izzah dulu kt sepital prebet. suami sy bagi pilihan. kihkih

NinaDiana said...

Jijah-tula pasal...kalau tak merana lah aku sampai ke tua..huhuuu
ila-alhamdulillah dpt yg ok. Makanya xde pngalaman pahit, jimat duit lg utk 2nd nnti. Heheh
ain-dr.chia. Tua dah. Tp baik dan sgt ok. Yg penting tak tamak dan sgt ayah2 gitu.. :)

Unknown said...

bersalin kat hospital pantai guna khidmat doc
pe ye sis

NinaDiana said...

Shima dinie, Dr. Chia. Doc tu dh tua. Tp sgt2 ok..setakat ni 2x dgn dia, alhamdulillah takde isu apa pun. Lembut dan sngat2 friendly :) nurse2 dia pun semua ok..
Yg penting dia bukan doc yg tamak. Selagi boleh dia cuba nak kurangkan kos kita. Selalu bg nasihat mcm bapak2..